Aug 17, 2010

Vokal ke Ibrahim Ali dan PERKASANYA?

DALAM dua tiga hari ini, media baru umpamanya (tapi tidak dalam media arus perdana terutamanya dalam akhbar "Utusan Meloyo") heboh memperkatakan tentang resolusi yang dikeluarkan oleh Kongres Ekonomi Cina.

Antara lain yang penulis faham hasil dari Kongres itu ialah untuk mengurangkan ekuiti 30% bumiputra dalam ekonomi secara berperingkat. ETR 30% ekuiti Bumiputra yang diminta dikurangkan oleh MCA itu adalah sasaran yang tak pernah sampai sehinggalah berakhirnya DEB. Kalau ianya belum sampai, bererti ekuiti bumiputra sehingga hari ini bukan 30%, ada data yang saya perolehi hanya 19% sahaja. Mengapakah ada idea bodoh untuk mengurangkan jumlah itu. Sepatutnya memberi idea bagaimana untuk mencapai sasaran 30%, kalau yang memberi cadangan tadi faham akan sejarah dan asal-usul negara. Tak cukupkah lagi dengan tolak ansur kaum bumiputra di negara ini berkorban?

Saya sangat hairan, mengapa tidak ramai pemimpin UMNO yang kononnya untuk memperjuangkan Bangsa, Agama Dan Negara bersuara membantah kenyataan Presiden MCA itu. Adakah kerana ianya datang dari Presiden Parti Komponen BN menyebabkan pemuda UMNO, hulubalang bangsa UMNO jadi kelu. Andaikata ianya terkeluar dari mulut Penasihat DAP, Ketua Menteri Pulau Pinang saya rasa seluruh pemimpin UMNO yang perut buncit itu akan bersuara dan media arus perdana akan memainkan isu ini setiap masa. Bodohnya pemimpin bangsa ku!!

Dan saya juga hairan mengapa pemimpin PAS sendiri tidak ada yang bersuara dalam isu ini. Adakah kerana untuk menjaga kerjasama dan persefahaman politik antara DAP. Saya melihat, kalau DAP mengeluarkan desakan untuk kepentingan kaum mereka (seperti Desakan Tony Phua dalam pemilikan rumah di selangor , pemimpin MCA tidak membantah dan hanya cakap no comment atau diam sahaja. Dalam hal ini, saya berterima kasih atas kenyataan tegas Presiden PAS Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang dalam isu di Selangor itu. Mana perginya Naib-naib presiden, dan JK Pusat yang lain???

Begitu sebaliknya bila MCA bersuara atau mendesak kerajaan dalam hal yang melibatkan kaum mereka seperti dikurangkan ekuiti bumiputra dari 30%, DAP tidak membantah. Begitulah persefahaman yang ada antara kaum cina yang berlainan fahaman politik tapi sekata dalam hal yang melibatkan kepentingan agama, pendidikan, bangsa atau kaum mereka di negara ini tapi bagaimana dengan PAS dan UMNO?

Cukup Vokal ke Ibrahim Ali dan perkasanya (atau telah menjadi perkakas) yang sangat lantang memperjuangkan agenda melayu itu dalam isu ini? Adakah kenyataan Presiden MCA itu tidak teruja untuk beliau lebih vokal untuk menentang idea ini? Atau adakah lantangnya Dato' Ibrahim Ali dan PERKASA bergantung kepada siapa yang menyuarakan isu yang bertentangan dengan idea beliau dan PERKASA yang sangat lantang memperjuangkan agenda melayu? Kalaulah ahli DAP yang mengeluarkan kenyataan ini sudah tentu vokal Dato' Ibrahim Ali dan PERKASAnya menjadi double vokal.

Sangat malang atas slogan 1Malaysia kita ditekan dan didesak, Inikah 1Malaysia yang hendak dijelmakan oleh YAB Perdana Menteri.