Alhamdulillah ... Datuk Seri Najib mengambil jalan mudah dengan membatalkan SBPA dan mengumumkan pelarasan gaji 13% kepada semua penjawat awam dan membuat beberapa penambahbaikan terhadap SSM. Saya tak mahu ulas kenapa kerajaan dengan mudah membatalkan dasar yang telah dipersetujui dengan beberapa desakan dari pelbagai pihak. Sama ada sudah hampir PRU13 atau kerana keseluruhan SBPA disedari langsung tidak berguna..... Hanya PM Najib saja yang tahu.
Saya ingin menarik perhatian pembaca sekalian akan penambahan jurang perbezaan gaji antara Pegawai Pendidikan Lepasan Diploma yang sambung belajar[dilantik Gred DG41] dan yang tidak sambung belajar dengan pelarasn terbaru ini[13%]. Sudahlah dulu [25% dan 15%] telah memperlihatkan jurang perbezaan yang ketara. Cuba anda perhatikan analisa dua pegawai berikut kesan dari pelarasan mudah kerajaan ini.
Mar 18, 2012
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment